Khamis, 3 September 2015

DATO' MAHARAJA LELA


DATO MAHARAJA LELA

SEJARAH RINGKAS

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.


Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.


Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak. Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch.


Faktor Penentangan J.W.W Birch

J.W.W Birch


1) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

2) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

3) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

4) Mencabuli Adat Resam


Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak

Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah.


Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut.



Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.

Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor (sumber gambar: Amir Hamidi)

Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato’ Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir.
Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato’ Maharaja Lela, pada 30hb Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.


Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas riba Birch), Dato’ Laksamana, Swettenham dan Dato’ Syahbandar. Dato’ Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di Bandar Bahru pada 1875. Sumber gambar: Amir Hamidi.

Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak

J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari.



Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.




Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.



TEMPAT BIRCH DIBUNUH

KUBU DATO MAHARAJA LELA MEMPERTAHANKAN SERANGAN PIHAK INGGERIS

KESAN PENENTANGAN

Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor. British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

RUMUSAN

Kita perlu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Dato' Maharaja Lela dalam mempertahankan perak dari ancaman musuh. Selain itu, sikap yang ditunjukkannya juga dapat memberikan semangat kepada kita bagi mempertahankan tanah air bukan sahaja kepada negeri perak. Seterusnya, sikap yang ditunjukkan sebagai pemimpin juga boleh dijadikan panduan dalam mentakbir negara.














12 ulasan:

  1. Artikel yang menarik & bermanfaat. Teruskan!

    BalasPadam
  2. It is very simple and easily can understand

    BalasPadam
  3. thank you for my project and konwledge

    BalasPadam
  4. Sayangnya Ramai pemimpin yang dilantik/diundi rakyat bersikap Munafik pada diri Dan bangsa Melayu bukan untuk memperjuangkan basin bangsa Malah Sibyl mengumpul harta Dari berbakti kepada rakyat...malah bersetongkol dgn musuh2 bangsa....tidak berpegang pada kitab al-Quran Dan Sunnah Rasulullah saw

    BalasPadam
  5. The Casino Directory | JtmHub
    The หาเงินออนไลน์ Casino Directory is a complete directory 출장안마 for casino gri-go.com and sportsbook operators in Ireland and Portugal. Jtm's poormansguidetocasinogambling comprehensive directory provides you with more than casino-roll.com 150

    BalasPadam
  6. Good and interesting.
    Sgt membantu sye

    BalasPadam