SEJARAH RINGKAS
Dato'
Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal
dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan
pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang
keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato'
Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Beliau
merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak.
Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri
Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau
merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch
(J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh
mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri
oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah
terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh
mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang,
Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di
Taiping.
Orang Besar Delapan yang berkuasa
menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang
ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang
gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki
bangsawan Perak. Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim
mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid
digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British
JWW Birch.
Faktor Penentangan J.W.W Birch
J.W.W Birch |
1) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan
Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
2) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan
Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British.
Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim,
mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
3) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru
seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak.
Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.
4) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar
Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam
Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan dirumahnya.
Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak
Pembunuhan
J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah
Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah
menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta
Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil
alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi
telah ditolak oleh Sultan Abdullah.
Pada
20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan
tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya
baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan
Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian
tersebut.
Rentetan
daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh
Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan
perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September
1875.
Gambar
dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor (sumber
gambar: Amir Hamidi)
|
Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak
J.W.W
Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch
ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja
menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan
bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada
keesokkan hari.
Pandak
Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat
Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch
yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika
itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya.
Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari
tempat kejadian.
Kematian
Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran
terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W
Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan
Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang
disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah
diserang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di
sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan
senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan
serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah
berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam
peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.
TEMPAT BIRCH DIBUNUH |
KUBU DATO MAHARAJA LELA MEMPERTAHANKAN SERANGAN PIHAK INGGERIS
|
KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah
Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang
negeri ke Johor. British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol
kepahlawanan orang Melayu.
RUMUSAN
Kita perlu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Dato' Maharaja Lela
dalam mempertahankan perak dari ancaman musuh. Selain itu, sikap yang
ditunjukkannya juga dapat memberikan semangat kepada kita bagi mempertahankan
tanah air bukan sahaja kepada negeri perak. Seterusnya, sikap yang ditunjukkan
sebagai pemimpin juga boleh dijadikan panduan dalam mentakbir negara.
SUMBER RUJUKAN:
INTERNET
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/
YOUTUBE
https://www.youtube.com/watch?v=fxU88kO8qN0
INTERNET
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/
YOUTUBE
https://www.youtube.com/watch?v=fxU88kO8qN0